Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) lantikan tetap dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuklah Badan Berkanun Persekutuan (kecuali badan berkanun yang telah diasingkan sistem saraannta) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Tahun 2026 bagi pengajian Ijazah Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa. Permohonan berkenaan dibuka bermula daripada 17 April 2026 hingga 15 Mei 2026 melalui pautan yang disediakan di portal https://penajaan.jpa.gov.my/.
Maklumat lanjut berhubung HLP ini adalah sebagaimana Notis Iklan dan dokumen yang dilampirkan. Pegawai yang berminat dimohon untuk memberi perhatian yang sewajarnya tentang syarat-syarat permohonan (Lampiran I) dan tatacara permohonan (Lampiran
II) yang dinyatakan di dalam surat pelawaan tersebut. Untuk makluman, permohonan yang tidak lengkap serta tidak mendapat kebenaran Ketua Jabatan masing-masing serta lewat dihantar dari tarikh tutup yang ditetapkan secara automatik tidak akan diproses untuk pertimbangan percalonan.
Dokumen yang perlu disertakan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:
a. salinan sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SPMV) ;
b. salinan Ijazah pertama lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya;
c. salinan Ijazah Sarjana lengkap transkrip atau perincian peratusan markah/PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya;
d. salinan surat tawaran Ijazah Kedoktoran (bagi pemohon Ijazah Kedoktoran sahaja yang telah memulakan pengajian);
e. salinan Slip keputusan TOEFL atau IELTS bagi permohonan pengajian di Luar Negara (sekiranya ada dan diakui sah oleh pegawai berkelayakan);
f. salinan Surat Akaun Doktor oleh Pegawai Perubatan & Kesihatan berdaftar sekiranya pegawai atau ahli keluarga menghidap penyakit kronik;
g. salinan sijil perkahwinan dan sijil kelahiran anak-anak (bagi calon yang berkeluarga dan diakui sah oleh pegawai berkelayakan);
h. dua (2) salinan Kertas Cadangan Penyelidikan/ Pengajian ringkas sumbangan pegawai kepada organisasi (Pemohon boleh merujuk panduan menulis Kertas Cadangan Penyelidikan/ Pengajian HLP tahun 2026 seperti di Lampiran C dan penyataan ringkas sumbangan pegawai kepada organisasi seperti di Lampiran D);
i. salinan surat akuan pinjaman pendidikan (rujuk Lampiran F);
j. salinan tatatertib;
k. salinan surat pengisytiharan harta; dan
m. salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan.
5. Dokumen-dokumen hendaklah disusun mengikut turutan (rujuk Lampiran E) dan HENDAKLAH disediakan dalam DUA (2) SET DOKUMEN YANG LENGKAP dan diakui sah oleh pegawai yang berkelayakan bagi dokumen sokongan sebagaimana ditetapkan. Sila pastikan setiap salinan tersebut TIDAK DIKETIP/ DIJILID tetapi hanya DIKLIP sahaja. Sila kemukakan dua (2) set dokumen tersebut beserta dokumen wajib yang telah disahkan kepada urus setia selewat-lewatnya sebelum atau pada 13 Mei 2026 (Rabu) jam 12 tengah hari kepada:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Digital Negara
Aras 4, Blok D, MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya
(u.p: Subseksyen Latihan)
Unit Latihan JDN
E – mel: unitlatihan@jdn.gov.my
Puan Noor Addillah binti Shueef
addilah.shueef@jdn.gov.my
No. tel : 03 – 90785988/ samb. 236
Puan Nur Syafiqah Aziera binti Nazahar
E – mel: syafiqahazaiera@jdn.gov.my
No. tel : 03 – 90785988/ samb. 255
Perhatian dan kerjasama YBrs. Ts. Dr./Dr./Ts./tuan/puan dalam perkara ini adalah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Subseksyen Latihan
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Digital Negara
Kementerian Digital
Aras 4, Skytech Tower 2
Jalan Teknokrat
63000 CYBERJAYA
03-9078 5988 samb.236
unitlatihan@jdn.gov.my
www.jdn.gov.my
#digitalfirst
–NOTIS IKLAN HLP SESI 2026
–LAMPIRAN I – SYARAT-SYARAT PERMOHONAN HLP TAHUN 2026
–LAMPIRAN II – TATACARA PERMOHONAN PENCALONAN HLP TAHUN 2026
–LAMPIRAN A – SENARAI BIDANG HLP TAHUN 2026
–LAMPIRAN B – SENARAI IPT DN HLP TAHUN 2026
–LAMPIRAN C – PANDUAN MENULIS KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN PENGAJIAN
– LAMPIRAN D – PANDUAN MENULIS PENYATAAN RINGKAS SUMBANGAN PEGAWAI KEPADA ORGANISASI
– LAMPIRAN E – PANDUAN DOKUMEN HLP TAHUN 2026
– LAMPIRAN F – SURAT AKAUN PINJAMAN PENDIDIKAN